Nasionalisme Melayu/Tanah
Melayu/Malaysia:Pengertian dan Permulaan
Bangsa(nation):sekumpulan
manusia yang berhak dari segi politik dan kedaulatan terhadap suatu wilayah
politik atau Negara tertentu .
Nasionalisme:
memperjuang kedaulatan dan kemerdekaan Negara bangsa daripada penjajahan asing.
Bangsa
yang berdaulat ialah bangsa yang mengiktiraf hak dan kedaulatan rakyatnya untuk
sama-sama menentukan watak dan hala tuju negara bangsanya.
Perjuangan
kebangsaan dan kemerdekaan Melayu pada zaman silam sering diremehkan sebagai
gerakan yang tidak bermakna dalam konteks sejarah nasionalisme tanahair.
Penentangan terhadap kuasa asing pada zaman itu didakwa lebih didorong oleh
kepentingan peribadi para pemimpin feudal yang mengutamakan matlamat menjaga kedudukan
dan kepentingan mereka sendiri. Rakyat jelata yang terlibat dalam gerakan
penentangan itu pula dikatakan hanya penurut perintah yang tidak mempunyai
kesedaran politik atau menentang pencerobohan asing semata-mata kerana tidak
gemarkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh oleh kuasa asing.
Pertengahan
kurun ke-20
‘Perjuangan
Kebangsaan’ dan ‘faham kebangsaan’ diguna oleh : KMS,PASPAM,KMM
Nasionalisme
Melayu: dibahagikan kepada istilah bangsa keturunan, bangsa budaya dan bangsa
politik.
Bangsa
keturunan
Bangsa
atau kebangsaan yang terbentuk secara
semulajadi berasaskan keturunan,darah atau kelahiran seseorang.
Bangsa
budaya
Merujuk kepada
kebangsaan yg ditentukan oleh
budaya atau cara hidup yang dianuti atau
disepakati dalam amalan oleh sesuatu kelompok manusia yg membentuk sesuatu
bangsa.Contohnya bahasa,adat resam,adat
istiadat dan agama. Bangsa budaya lebih anjal,terbuka dan subjektif.Sekiranya
kebangsaan budaya sesuatu kelompok manusia itu kuat kerana mempunyai cirri yang
mampu mempengaruhi orang lain atau menjadi ikutan pelbagai bangsa keturunan
dalam tempoh yang panjang.Kebangsaan budaya boleh melebur tembok bangsa
keturunan dan menyatukan mereka dalam satu kesatuan kebangsaan yang lebih
besar.Contohnya proses pencinaan di Asia Timur dan proses pemelayuan di rantau
Melayu.
Bangsa
politik
Bangsa/kebangsaan
yang dicipta secara sedar oleh sekumpulan manusia yang mungkin berbeza
keturunan dan budaya tetapi menganggap diri mereka secara kolektif satu bangsa yang berdaulat yg memiliki dan bertanggungjawab
memelihara Negara dan kedaulatan politik mereka bersama.Ia bersifat subjektif
dan diwujudkan untuk kepentingan politik bersama ahlinya.
Konsep
Bangsa Malaysia
Konsep
baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila Persekutuan Tanah Melayu
disytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September
1963,maka lahirlah Negara dan bangsa Malaysia.Dikemukakan oleh Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau di Majlis Perniagaan Malaysia pada 28
Februari 1991. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang
berlainan bahasa,budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan. Bangsa
Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta
pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang
kehidupan.Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan
kemerdekaan,pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment