Saturday, 28 January 2017



KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

1)            MEMAHAMI KRONOLOGI

*       bermakna melihat masa lalu, kini dan akan datang secara urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Di samping itu murid murid dididik dengan kemahiran memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu tamadun disamping memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan tanpa menyatakan tahunnya.
*       Kronologi dalam sejarah ialah susunan peristiwa atau kejadian masa berlakunya peristiwa berkenaan. Mengandungi dua elemen iaitu Garis Masa dan Konversi Masa.

Tujuan:
*       Mengaplikasi istilah-istilah kronologi masa dalam kehidupan seharian.
*       Memahami dan menyusun peristiwa mengikut masa/tarikh mengikut tertib.
*       Menghubungkaitkan peristiwa masa lalu dan masa kini berdasarkan informasi sumber.

Elemen-elemen:
*       Garis masa ialah rentetan peristiwa yang berlaku mengikut tertib masa.
*       Konversi masa melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman.
*       Penguasaan kronologi membolehkan pelajar meletakkan peristiwa,manusia, dan perubahan yang tertentu yang berlaku dalam kerangka masa yang tepat dan teratur.
*       Memolehkan pelajar melihat zaman silam san menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, perubahan dan perkembangan yang berlaku secara empati.


2)            MENEROKA BUKTI
Melibatkan kemahiran mengenalpasti sumber pertama dan kedua dan membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Perkara ini dpt merangsang pemikiran sejarah seseorang murid, di samping memahami masalah sejarah & sifatnya yg interpretatif.

Tujuan:
*       Mengenal pasti sumber-sumber sejarah.
*       Merangsang pemikiran sejarah
*       Memahami masalah sejarah
*       Membuat perbandingan antara sumber-sumber sejarah.
*       Membuat pernyataan yang menjelaskan atau mengukuhkan sebab atau selepas menganalisis maklumat dan membuat kajian.


3)            MEMBUAT INTERPRETASI

                Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan memberi ulasan dan kupasan. Murid-murid disedarkan tentang perbezaan tafsiran dan perspektif yang wujud di kalangan sejarawan. Mereka dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah dengan menyedari bahawa kedua-dua ini adalah berkaitan antara satu sama lain.

Tujuan:
*       Pelajar dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah.
*       Pelajar sedar bahawa fakta sejarah dan tafsiran sejarah berkait antara satu dengan lain.

Elemen-Elemen:
*       Membanding dan membezakan – berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu peristiwa.
*       Mengumpul dan mengkelaskan.
*       Membuat urutan – seperti masa, bentuk dan bilangan.
*       Menilai – pertimbangan bukti dari segi baik dan buruk bukti atau dalil yang sah.
*       Membuat kesimpulan – pernyataan tentang sesuatu kajian berdasarkan hipotesis




4)            MEMBUAT IMAGINASI

Merupakan suatu usaha melibatkan murid-murid sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ini ialah imaginasi secara visual dan empati.

Tujuan:
*       Memahami dan menggambarkan motif, matlamat, harapan dan kegelisahan yang wujud dalam masyarakat lalu.
*       Bersifat terbuka, toleransi dan matang.
*       Menyumbang kepada perkembangan moral dan berusaha meletakkan diri di tempat orang lain.
*       Menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
*       Elemen: imiginasi visual dan empati.


5)            MEMBUAT RASIONALISASI

Melibatkan penggunaan akal fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu persoalan yang timbul daripada peristiwa sejarah. Usaha ini, memerlukan kemahiran murid-murid untuk mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul.

Tujuan:
*       Dapat merangsang serta menjana pemikiran pelajar agar mereka mampu mentafsir sesuatu peristiwa sejarah.
*       Dpt membuat rasionalisasi melalui pengkajian sumber sejarah dgn lebih kritis & kreatif.




PENJELASAN SEJARAH

Melalui pendekatan bersepadu, penekanan juga perlu diberi ke atas penggunaan Bahasa Melayu sebgi alat utk membicarakan ilmu pengetahuan secara ilmiah dan mengutarakan pendapat dengan menggunakan bahasa yg gramatis, tepat dan berkesan dlm btk tulisan atau lisan. Sehubungan dengan itu, murid akan belajar mengorganisasikan analisis sumber sejarah dgn menggunakan kemahiran pemikiran sejarah dgn sempurna. Mereka merekod hasil analisis mereka dan seterusnya menulis atau menjelaskan dengan tepat dan bertanggungjawab.

PEMAHAMAN SEJARAH

*       Pemahaman sejarah bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia zaman silam. Perkara ini membolehkanpelajar melihat zaman silam secara empati.
*       Pemahaman sejarah boleh mendidik murid menganalisis bagaimana manusia mengalami perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan.

EMPATI

*       Empati dalam sejarah ditakrifkan sebagai suatu pencapaian pemikiran yang memahami sesuatu peristiwa masa lalu daripada pelbagai perspektif.
*       Murid yang dapat melihat sejarah secara empati sebenarnya membina corak pemikiran yang lebih terbuka, toleransi dan matang.
*       Pendidikan Sejarah adalah ‘alat’ yang dapat menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment