Sunday, 12 February 2017

bab 2-tingkatan5- soalan objektif

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Objektif


1

Mengapakah gerakan Islah  dapat berkembang dengan baik dan lancar di Negeri-Negeri Selat?
(ms 50)

A
Tiada undang-undang menghalang pergerakannya

B
Mempunyai pemimpin  yang berkebolehan

C
Kawasan pergerakan  terlalu kecil

D
Sistem perhubungan yang  baik


2

Siapakah yang bertanggung jawab  melantik Menteri Besar mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu?

(ms 86)

A
Rakyat

B
Sultan

C
Jemaah Menteri

D
Majlis Mesyuarat Kerja


3

Mengapakah  Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM)  mendapat sambutan yang hangat  di kalangan orang Melayu?

(ms 55)

A
Kegiatannya bercorak politik

B
Perjuangannya menuntut kemerdekaan

C
Organisasinya kemas dan mempunyai perlembagaan

D
Menggalakkan ahlinya bertukar fikiran dan berkenalan


4

  
Antara berikut yang manakah menyebabkan berlaku penentangan pembesar Melayu tradisional di negeri Perak?
(ms37)

I
Penguasaan kawasan pembesar

II
Pengenalan undang-undang tanah

III
British mencabuli Perjanjian Pangkor

IV
British tidak menghormati adat  resam Melayu




A
I, II dan III


B
I, II dan IV


C
I, III dan IV


D
II, III dan IV






5

Tok Janggut berjaya mendirikan sebuah kerajaan sementara di Pasir Putih pada bulan April 1915.
Antara berikut, tokoh yang manakah terlibat dalam kerajaan tersebut?      

(ms41)

I
Haji Said sebagai penasihat

II
Engku Besar Jeram sebagai raja

III
Che Ishak sebagai Pegawai Daerah

IV
Tok Janggut sebagai Perdana Menteri




A
I, II dan III


B
I, II dan IV


C
I, III dan IV


D
II, III dan IV





Monday, 30 January 2017

SOALAN KBAT SEJARAH SPM BAB SATU


SOALAN KBAT SEJARAH BAB SATU



Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?

F1             Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan

F2             Menguasai pentadbiran

F3             Memudahkan perluasan pengaruh

F4             Mengekalkan kuasa politik

F5             Mendapatkan cukai

F6             Menyebarkan agama Kristian

F7             Meluaskan jajahan takluk

F8             Menyebarkan budaya Barat

F9             Menguasai jabatan kerajaan


F10          Menghapuskan kuasa raja dan pembesar

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN KBAT TINGKATAN 5



CONTOH KBAT TINGKATAN 5


Bab 1

Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.

F1             Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar

F2             Menghormati lambang-lambang kebesaran

F3             Menghayati Rukun Negara

F4             Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/
                 kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja

F5             Lawatan ke muzium diraja

F6             Mencari maklumat berkaitan melalui internet

F7             Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja

F8             Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-
                 Raja Melayu

F9             Meraikan hari keputeraan sultan


F10           Kembara Tengku Mahkota dibukukan

Sunday, 29 January 2017

NILAI PATRIOTISME KBKK SEJARAH SPM



NILAI YANG PERLU KITA MILIKI TANDA CINTA

 AKAN NEGARA/ SEMANGAT PATRIOTISME 

DAN NASIONALISME



1.CINTA AKAN NEGARA

2.HORMAT KEPADA PEMIMPIN NEGARA

3. PATUH  PERATURAN DAN UNDANG-   UNDANG

4.JATI DIRI YANG TINGGI

5.HORMAT KEPADA LAMBANG NEGARA

6.PENUH RELA MENYAHUT SERUAN KERAJAAN

7.TIDAK TERPENGARUH DENGAN ANASIR LUAR

8.RASIONAL

9.BERFIKIRAN TERBUKA

10.TIDAK MENYENTUH ISU-ISU SENSITIF MASYARAKAT

UNSUR NILAI KBKK SEJARAH SPM



NILAI  YANG PERLU KITA MILIKI UNTUK  

MEWUJUDKAN KEHARMONIAN/

KESEJAHTERAAN/PERPADUAN



1.       hormat-menghormati
2.       Berfikiran terbuka
3.       Tolong-menolong
4.       Toleransi/bertolak ansur
5.       Berbudi bahasa
6.       Hemah tinggi
7.       Semangat kejiranan
8.       Hidup bermaufakat
9.       bekerjasama
10.    kebersihan fizikal dan mental

11.    menjaga kepentingan bersama

NILAI-NILAI KBKK SEJARAH SPM


NILAI YANG PERLU KITA MILIKI UNTUK MENCAPAI 

KECEMERLANGAN/KEJAYAAN/KEMAJUAN



1.       Kerajinan /ketekunan/kegigihan
2.       Berdikari untuk lebih berjaya
3.       Berdaya maju untuk mengembangkan potensi
4.       Yakin boleh setiap perkara yang dilakukan
5.       Berfikiran terbuka terhadap kritikan dan cadangan
6.       Pemikiran positif terhadap permasalahan
7.       sifat ingin tahu tentang teknologi terkini
8.       harga diri yang tinggi 
9.       kesederhanaan dalam kehidupan
10.    bertanggungjawab dalam apa jua keputusan
11.    jati diri yang kuat untuk negara tercinta
12.    bersikap kreatif dan inovatif untuk kemajuan 
13.    sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan
14.    amanah terhadap tanggungjawab yang diberi
15.    mempunyai kekuatan fizikal dan mental
16.    menghargai masa untuk mendisiplinkan diri
17.    tabah menghadapi cabaran masa hadapan



Saturday, 28 January 2017



KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

1)            MEMAHAMI KRONOLOGI

*       bermakna melihat masa lalu, kini dan akan datang secara urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Di samping itu murid murid dididik dengan kemahiran memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu tamadun disamping memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan tanpa menyatakan tahunnya.
*       Kronologi dalam sejarah ialah susunan peristiwa atau kejadian masa berlakunya peristiwa berkenaan. Mengandungi dua elemen iaitu Garis Masa dan Konversi Masa.

Tujuan:
*       Mengaplikasi istilah-istilah kronologi masa dalam kehidupan seharian.
*       Memahami dan menyusun peristiwa mengikut masa/tarikh mengikut tertib.
*       Menghubungkaitkan peristiwa masa lalu dan masa kini berdasarkan informasi sumber.

Elemen-elemen:
*       Garis masa ialah rentetan peristiwa yang berlaku mengikut tertib masa.
*       Konversi masa melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman.
*       Penguasaan kronologi membolehkan pelajar meletakkan peristiwa,manusia, dan perubahan yang tertentu yang berlaku dalam kerangka masa yang tepat dan teratur.
*       Memolehkan pelajar melihat zaman silam san menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, perubahan dan perkembangan yang berlaku secara empati.


2)            MENEROKA BUKTI
Melibatkan kemahiran mengenalpasti sumber pertama dan kedua dan membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Perkara ini dpt merangsang pemikiran sejarah seseorang murid, di samping memahami masalah sejarah & sifatnya yg interpretatif.

Tujuan:
*       Mengenal pasti sumber-sumber sejarah.
*       Merangsang pemikiran sejarah
*       Memahami masalah sejarah
*       Membuat perbandingan antara sumber-sumber sejarah.
*       Membuat pernyataan yang menjelaskan atau mengukuhkan sebab atau selepas menganalisis maklumat dan membuat kajian.


3)            MEMBUAT INTERPRETASI

                Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan memberi ulasan dan kupasan. Murid-murid disedarkan tentang perbezaan tafsiran dan perspektif yang wujud di kalangan sejarawan. Mereka dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah dengan menyedari bahawa kedua-dua ini adalah berkaitan antara satu sama lain.

Tujuan:
*       Pelajar dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah.
*       Pelajar sedar bahawa fakta sejarah dan tafsiran sejarah berkait antara satu dengan lain.

Elemen-Elemen:
*       Membanding dan membezakan – berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu peristiwa.
*       Mengumpul dan mengkelaskan.
*       Membuat urutan – seperti masa, bentuk dan bilangan.
*       Menilai – pertimbangan bukti dari segi baik dan buruk bukti atau dalil yang sah.
*       Membuat kesimpulan – pernyataan tentang sesuatu kajian berdasarkan hipotesis




4)            MEMBUAT IMAGINASI

Merupakan suatu usaha melibatkan murid-murid sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ini ialah imaginasi secara visual dan empati.

Tujuan:
*       Memahami dan menggambarkan motif, matlamat, harapan dan kegelisahan yang wujud dalam masyarakat lalu.
*       Bersifat terbuka, toleransi dan matang.
*       Menyumbang kepada perkembangan moral dan berusaha meletakkan diri di tempat orang lain.
*       Menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
*       Elemen: imiginasi visual dan empati.


5)            MEMBUAT RASIONALISASI

Melibatkan penggunaan akal fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu persoalan yang timbul daripada peristiwa sejarah. Usaha ini, memerlukan kemahiran murid-murid untuk mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul.

Tujuan:
*       Dapat merangsang serta menjana pemikiran pelajar agar mereka mampu mentafsir sesuatu peristiwa sejarah.
*       Dpt membuat rasionalisasi melalui pengkajian sumber sejarah dgn lebih kritis & kreatif.




PENJELASAN SEJARAH

Melalui pendekatan bersepadu, penekanan juga perlu diberi ke atas penggunaan Bahasa Melayu sebgi alat utk membicarakan ilmu pengetahuan secara ilmiah dan mengutarakan pendapat dengan menggunakan bahasa yg gramatis, tepat dan berkesan dlm btk tulisan atau lisan. Sehubungan dengan itu, murid akan belajar mengorganisasikan analisis sumber sejarah dgn menggunakan kemahiran pemikiran sejarah dgn sempurna. Mereka merekod hasil analisis mereka dan seterusnya menulis atau menjelaskan dengan tepat dan bertanggungjawab.

PEMAHAMAN SEJARAH

*       Pemahaman sejarah bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia zaman silam. Perkara ini membolehkanpelajar melihat zaman silam secara empati.
*       Pemahaman sejarah boleh mendidik murid menganalisis bagaimana manusia mengalami perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan.

EMPATI

*       Empati dalam sejarah ditakrifkan sebagai suatu pencapaian pemikiran yang memahami sesuatu peristiwa masa lalu daripada pelbagai perspektif.
*       Murid yang dapat melihat sejarah secara empati sebenarnya membina corak pemikiran yang lebih terbuka, toleransi dan matang.
*       Pendidikan Sejarah adalah ‘alat’ yang dapat menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab.