SEJARAH AWAL LARUT MATANG
Larut
Matang dan Selama adalah sebuah daerah di dalam Negeri Perak dan ianya mula
dikenali semenjak diketahui bahawa buminya mengandungi bijih timah iaitu dalam
pertengahan kurun ke 19. Pada zaman Sultan Abdul Malik Mansor Shah iaitu Sultan
Perak yang ke 19, satu angkatan dari Kedah telah datang ke Perak atas arahan
Raja Siam. Angkatan ini kemudianya telah bertempur dengan angkatan Perang
Negeri Perak di sebuah tempat yang bernama Bukit Gantang.
Angkatan Perak yang
diketuai oleh Cik Alang Idin telah berundur dan bergabung dengan angkatan
Talib. Di atas kebijaksanaan Angkatan Perak maka perang tersebut dapat
didamaikan. Setelah perdamaian tersebut, Sultan Perak telah berkenan
mengurniakan gelaran "Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar
DiRaja" kepada Cik Alang Idin. Mulai dari saat itu Cik Alang Idin
ditugaskan mengawal jalan genting ke utara Perak di Bukit Gantang dan
memerintah di situ Cik Alang Idin adalah keturunan dari Tun Saban iaitu
pemerintah Hulu Perak sebelum Negeri Perak memakai gelaran Sultan.Cik Long
Jaafar mempunyai seekor gajah yang bernama Larut dan gajah ini turut dibawa
bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau. Gajah ini telah hilang hampir 3
hari dan ketika ditemui gajah ini disaluti dengan lumpur yang keras. Akhirnya
didapati lumpur itu adalah bijih timah. Di atas peristiwa ini daerah ini
dinamai Larut iaitu mengambil sempena nama gajah Cik Long Jaafar. Akhirnya pada
tahun 1850, daerah Larut telah dikurniakan kepada Cik Long Jaafar oleh Raja
Muda Ngah Ali serta orang Besar-besar Perak iaitu Temeggong, Panglima Bukit
Gantang, Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja.
Pada tahun 1857 Cik
Long Jaafar telah digantikan oleh anaknya yang bernama Ngah Ibrahim. Sultan
Jaffar Muazzam Shah telah memberi surat akuan kepada Ngah Ibrahim pada 24 Mei
1858. Surat ini telah ditandatangani oleh Sultan Jaffar, Raja Muda Ngah Ali dan
Raja Bendahara, Perak. Pada masa Cik Ngah Ibrahim, orang Cina makin bertambah
dan pada awal tahun 1860 orang Cina telah menjadi 2 kumpulan besar iaitu Go
Kuan (ertinya 5 daerah) dan Si Kuan (ertinya 4 daerah). Orang Cina dalam
kumpulan Go Kuan terdiri daripada orang Cina Hakka (Khek) dan Hokkien yang
bekerja di lombong Klian Pauh (Taiping) dan mereka menjadi ahli dalam kongsi
gelab yang bernama Hai San di bawah ketua bernama Chung Keng Kwee (dikenali
juga dengan nama Ah Kwee).
Orang Cina yang berasal dari Canton bekerja
dilombong Klian Baharu (Kamunting) dan menjadi ahli kongsi gelab yang bernama
Ghi Hin di bawah ketua bernama So Ah Chiang.Disebabkan perebutan kekayaan bijih
timah maka akhirnya kedua-dua kumpulan tersebut mulai bermusuhan dan
tercetuslah Perang Larut I,
No comments:
Post a Comment