Sunday, 8 October 2017

LONG JAAFAR (1790-AN -1856)






A.        USAHAWAN
1.        Merupakan pengusaha bijih timah bermula pada tahun 1840.
2.        Merupakan pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang.
3.        Merupakan pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping.
 
Nota:- Tebu dihantar ke Pulau Pinang melalui Kuala Gula untuk diproses menjadi gula.Di sini terdapat ramai penyokong kongsi gelap Ghee Hin  

B.      HARTA
1.      Mempunyai bangunan kediaman dan kota di bukit gantang.
1.1        Sebagai Pusat Pertahanan.
1.2        Sebagai Pusat Pentadbiran.
1.3        Sebagai gudang simpan bijih timah, gula dan kopi.
1.4        Sebagai gudang bekalan makanan, perubatan dan lain-lain.
2.     Mempunyai tanah dan kediaman di Makkah.
3.     Membawa masuk 20 orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah di Larut.
4.      Memiliki semua tanah lombong, tebu dan kopi.
5.      Diberikuasa memungut semua cukai di daerah Larut hingga ke Kerian oleh Sultan Perak.
 

C.     PERTAHANAN
1.       Mempunyai Kota, sebagai pusat pertahanan di Bukit Gantang, Taiping.
2.       Mempunyai gudang simpan senjata seperti meriam,senapang,ubat  bedil,lembing,tombak dan lain-lain senjata
3.       Mempunyai pengawal dan pahlawan yang terdiri daripada orang Melayu dan Habshi.
4.       Mempunyai pasukan bergajah,kereta lembu, kerbau sebagai pertahanan dan pengangkutan.


D.                        AGAMA DAN KEBAJIKAN
1.    Mewakafkan tanah untuk didirikan surau, masjid dan tanah perkuburan di Bukit Gantang danTaiping.
2.        Mendirikan pusat fardu ain dan kifayah.
3.        Mengadakan guru agama.
4.       Mendirikan pendidikan tidak formal seperti Sekolah Melayu Matang Gelugur yang dibina pada tahun 1826.  

E.      POLITIK DAN DIPLOMATIK
1.       Berjiwa nasionalis, berhemah tinggi, berwawasan dan berdiplomasi.
2.       Mengadakan perhubungan dengan kuasa asing untuk perdagagan dan pertahanan.
3.       Mengadakan perhubungan baik dengan raja-raja dan pembesar-pembesar melayu.
4.       Memerintah orang-orang Melayu di Bukit Gantang, Larut,Klian Pauh dan kamuntung sebagai wakil sultan Perak

F.        MENINGGAL DUNIA
1.       Ketika mencapai kemuncak kecemerlangan dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjaya mengharumkan Negara serta meletakan nama Tanah Melayu dalam peta dunia.
2.       Meninggal dunia dalam tahun 1856.
3.       Dimakamkan di tanah perkuburkan keluarganya di Bukit Gantang,Taiping.

G.      JASA DAN BAKTI
1.        Memperkukuhkan ekonomi, keselamatan, martabat dan maruahorang
           Melayu.
2.        Merupakan tokoh korporat.
3.        Pengasas Bandar Taiping.


SUMBER
Talib SamatTengku Menteri : kisah tokoh korporat bijih timah Melayu terulung Long Jaafar dan Ngah Ibarahim (pengasas Taiping bandar warisan) 1970-an hingga 1895. 



SEJARAH AWAL LARUT MATANG-PERAK





                         SEJARAH AWAL LARUT MATANG


Larut Matang dan Selama adalah sebuah daerah di dalam Negeri Perak dan ianya mula dikenali semenjak diketahui bahawa buminya mengandungi bijih timah iaitu dalam pertengahan kurun ke 19. Pada zaman Sultan Abdul Malik Mansor Shah iaitu Sultan Perak yang ke 19, satu angkatan dari Kedah telah datang ke Perak atas arahan Raja Siam. Angkatan ini kemudianya telah bertempur dengan angkatan Perang Negeri Perak di sebuah tempat yang bernama Bukit Gantang. 

Angkatan Perak yang diketuai oleh Cik Alang Idin telah berundur dan bergabung dengan angkatan Talib. Di atas kebijaksanaan Angkatan Perak maka perang tersebut dapat didamaikan. Setelah perdamaian tersebut, Sultan Perak telah berkenan mengurniakan gelaran "Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja" kepada Cik Alang Idin. Mulai dari saat itu Cik Alang Idin ditugaskan mengawal jalan genting ke utara Perak di Bukit Gantang dan memerintah di situ Cik Alang Idin adalah keturunan dari Tun Saban iaitu pemerintah Hulu Perak sebelum Negeri Perak memakai gelaran Sultan.Cik Long Jaafar mempunyai seekor gajah yang bernama Larut dan gajah ini turut dibawa bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau. Gajah ini telah hilang hampir 3 hari dan ketika ditemui gajah ini disaluti dengan lumpur yang keras. Akhirnya didapati lumpur itu adalah bijih timah. Di atas peristiwa ini daerah ini dinamai Larut iaitu mengambil sempena nama gajah Cik Long Jaafar. Akhirnya pada tahun 1850, daerah Larut telah dikurniakan kepada Cik Long Jaafar oleh Raja Muda Ngah Ali serta orang Besar-besar Perak iaitu Temeggong, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja. 

Pada tahun 1857 Cik Long Jaafar telah digantikan oleh anaknya yang bernama Ngah Ibrahim. Sultan Jaffar Muazzam Shah telah memberi surat akuan kepada Ngah Ibrahim pada 24 Mei 1858. Surat ini telah ditandatangani oleh Sultan Jaffar, Raja Muda Ngah Ali dan Raja Bendahara, Perak. Pada masa Cik Ngah Ibrahim, orang Cina makin bertambah dan pada awal tahun 1860 orang Cina telah menjadi 2 kumpulan besar iaitu Go Kuan (ertinya 5 daerah) dan Si Kuan (ertinya 4 daerah). Orang Cina dalam kumpulan Go Kuan terdiri daripada orang Cina Hakka (Khek) dan Hokkien yang bekerja di lombong Klian Pauh (Taiping) dan mereka menjadi ahli dalam kongsi gelab yang bernama Hai San di bawah ketua bernama Chung Keng Kwee (dikenali juga dengan nama Ah Kwee). 

Orang Cina yang berasal dari Canton bekerja dilombong Klian Baharu (Kamunting) dan menjadi ahli kongsi gelab yang bernama Ghi Hin di bawah ketua bernama So Ah Chiang.Disebabkan perebutan kekayaan bijih timah maka akhirnya kedua-dua kumpulan tersebut mulai bermusuhan dan tercetuslah Perang Larut I,