Perubahan konsep negara
selepas kedatangan Barat
1. Penjajahan Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan . Contoh negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.
2.Bagi British sebuah negeri bermaksud kerajaan.
3.Oleh itu British telah menetapkan sempadan bagi setiap negeri.
4.Konsep kerajaan kemudiannya semakin luput dan digantikan pula dengan konsep negeri . Contoh : Penubuhan kerajaan Malayan Union pada 1946 – merupakan usaha British untuk menubuhkan sebuah negara dan bangsa yang moden, tetapi ditentang oleh orang Melayu.
5. Selepas itu British menubuhkan pula Persekutuan Tanah Melayu 1948 – Ia merupakan gabungan semua negeri Melayu dan diletakkan dibawah sebuah kerajaan pusat.
6. Pembentukan Tanah Melayu Meredeka tahun 1957menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka.
7. Pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
8. Kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan penubuhan Malaysia (1963), menjadikan bangsa bagi Tanah Melayu Merdeka dan Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak.
9. Konsep negara pula ada merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau mereka yang menjadi warganegara kepada sesebuah negara.
10. Bagi Malaysia bangsanya dikenali sebagai bangsa Malaysia. Konsep bangsa Malaysia mahu dibentuk melalui :-
a) penggunaan satu bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia,
b) pengamalan kebudayaan kebangsaan
c) Rukun Negara
d) Sistem pendidikan
No comments:
Post a Comment