KONSEP NEGARA DAN BANGSA
Takrif konsep negara dan bangsa mengikut system politik Melayu tradisional
1. Kewujudan sesebuah kerajaan kerana adanya raja.
2. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah-wilayah dibawah kekuasaannya.
3. Sebagai balasan, rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima
dan mengakui kekuasaan raja.
4. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan sesbuah kerajaan atau
wilayah yang diperintah oleh seseorang raja tersebut.
5. Rakyat kerajaan Melayu tradisional terdiri daripada orang Melayu sahaja.
6. Negeri bererti kawasan yang kini bermaksud daerah
7. Kerajaan yang kuat akan menakluk dan menaungi kerajaan-kerajaan yang lemah. Dengan
cara ini sesebuah kerajaan itu dapat meluaskan empayarnya. Contoh empayar Kesultanan Melayu Melaka dan empayar Melayu Johor.